Sunday, September 23, 2007

::ingatlah wahai diri::

bersihkan hatimu jernihkan niatmu
wahai diri wahai hati

ingatlah...

apa yang dikau korbankan
apa yang kau mujahadahkan

bukan untuk mencari pujian
bukan untuk mencari gelaran

sekadar mengharap redhaNya

ikhlaskan hati
hanya kerana cintaku kpd Nya...



~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

::dari hati yang jauh::

dari hati yang jauh aku menarikan jemari
kala diri rasa dipinggir
tanpa siapa disisi
kadangkala aku ingin
menangis kala diri
tidak hargai
tapi kusedari aku
tidak layak dihargai.

kadangkala aku terasa terlalu sunyi
ada mereka dikelilingku
tapi ternyata
mereka bukan orang yang dapat kuluahkan hati

kadangkala aku rasa aku tidak punya sesiapa
hati sering diluka
aku cuba untuk mendekat
tapi aku tahu aku tidak mampu
memberi hati untuk diluka lagi

sedih sendiri sepi
apakah aku akan kekal dijalan ini

ya allah berilah aku kekuatan hati
dalam menghadapi mehnahMu




~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Thursday, September 20, 2007

:bukan sekadar teka-teki::

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu
benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar
di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu
benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa
ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat
di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-
tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan
Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan
di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak
menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali di dunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri "

~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

::masa itu adalah kehidupan::

sudah lama jari tidak menari diatas blank text ini
kesibukan hidup ibarat menekan diri
sudah lama jua daku tidak membaca blog saiful islam
tadi terbaca lantas hati teringat blog sendiri tidak berupdate

bagaimana ramadhan mu wahai teman?

ku harap ia dikau rai penuh dengan amalan-amalan yang baik
dan dikau manfaatkan sepenuhnya.

daku amat tertarik dengan catatan abu saif in saifulislam.com mengenai
usia...

usia yg panjang dlm hitungan allah bukan bermakna hidup sampai beribu thn tapi usia yg panjang bermakna peningkatan tahap kualiti hidup dan usia kita pada perkara yang bernilai lagi berfaedah. umur yang pendek pula sebenarnya bermaksud hidup tanpa makna dan dlam keadaan sia-sia kerana kita semua diberi waktu yang sama umat yang lalu juga masa nya adalah sama 24 jam dan sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh...

semoga kita semua dipanjangkan umur dalam hakikat yang sebenarnya.

masa mudamu manfaatkan la sebelum terlewat...





~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Tuesday, September 11, 2007

::mari buat mutabaah amal tuk ramadhan::


click sini untuk ke link mutabaah amal ramadhan

selamat menyambut ramadhan dan moga ramadhan ini kita lebih hargai dari yang sebelumnya.
manfaatkanlah bulan ini, solat sunat, sedekah, terawih, qiam, tadarus dan sebagainya. tiada siapa yang dapat menjamin kita akn ketemui lagi ramadhan di tahun yang akan datang. setiap jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan. rebutah peluang keemasan dalam bulan ramadhan. kutiplah pahala sebanyak mungkin untuk bekal ke alam yang sana.
salam ramadhan.

~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~