Thursday, September 20, 2007

::masa itu adalah kehidupan::

sudah lama jari tidak menari diatas blank text ini
kesibukan hidup ibarat menekan diri
sudah lama jua daku tidak membaca blog saiful islam
tadi terbaca lantas hati teringat blog sendiri tidak berupdate

bagaimana ramadhan mu wahai teman?

ku harap ia dikau rai penuh dengan amalan-amalan yang baik
dan dikau manfaatkan sepenuhnya.

daku amat tertarik dengan catatan abu saif in saifulislam.com mengenai
usia...

usia yg panjang dlm hitungan allah bukan bermakna hidup sampai beribu thn tapi usia yg panjang bermakna peningkatan tahap kualiti hidup dan usia kita pada perkara yang bernilai lagi berfaedah. umur yang pendek pula sebenarnya bermaksud hidup tanpa makna dan dlam keadaan sia-sia kerana kita semua diberi waktu yang sama umat yang lalu juga masa nya adalah sama 24 jam dan sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh...

semoga kita semua dipanjangkan umur dalam hakikat yang sebenarnya.

masa mudamu manfaatkan la sebelum terlewat...





~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

No comments: