Tuesday, October 9, 2007

::salam bahagia buat kalian::

Create your own banner at mybannermaker.com!


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

::malam2 terakhir::

manfaatkan nya semoga kita tak ketinggalan dalm mencari lailatul qadarNya...

Sunday, October 7, 2007

::hati, sedarla cintaNya lebih utama::

Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak….


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Sunday, September 23, 2007

::ingatlah wahai diri::

bersihkan hatimu jernihkan niatmu
wahai diri wahai hati

ingatlah...

apa yang dikau korbankan
apa yang kau mujahadahkan

bukan untuk mencari pujian
bukan untuk mencari gelaran

sekadar mengharap redhaNya

ikhlaskan hati
hanya kerana cintaku kpd Nya...



~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

::dari hati yang jauh::

dari hati yang jauh aku menarikan jemari
kala diri rasa dipinggir
tanpa siapa disisi
kadangkala aku ingin
menangis kala diri
tidak hargai
tapi kusedari aku
tidak layak dihargai.

kadangkala aku terasa terlalu sunyi
ada mereka dikelilingku
tapi ternyata
mereka bukan orang yang dapat kuluahkan hati

kadangkala aku rasa aku tidak punya sesiapa
hati sering diluka
aku cuba untuk mendekat
tapi aku tahu aku tidak mampu
memberi hati untuk diluka lagi

sedih sendiri sepi
apakah aku akan kekal dijalan ini

ya allah berilah aku kekuatan hati
dalam menghadapi mehnahMu




~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Thursday, September 20, 2007

:bukan sekadar teka-teki::

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu
benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar
di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu
benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa
ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat
di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-
tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan
Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan
di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak
menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali di dunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri "

~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

::masa itu adalah kehidupan::

sudah lama jari tidak menari diatas blank text ini
kesibukan hidup ibarat menekan diri
sudah lama jua daku tidak membaca blog saiful islam
tadi terbaca lantas hati teringat blog sendiri tidak berupdate

bagaimana ramadhan mu wahai teman?

ku harap ia dikau rai penuh dengan amalan-amalan yang baik
dan dikau manfaatkan sepenuhnya.

daku amat tertarik dengan catatan abu saif in saifulislam.com mengenai
usia...

usia yg panjang dlm hitungan allah bukan bermakna hidup sampai beribu thn tapi usia yg panjang bermakna peningkatan tahap kualiti hidup dan usia kita pada perkara yang bernilai lagi berfaedah. umur yang pendek pula sebenarnya bermaksud hidup tanpa makna dan dlam keadaan sia-sia kerana kita semua diberi waktu yang sama umat yang lalu juga masa nya adalah sama 24 jam dan sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh...

semoga kita semua dipanjangkan umur dalam hakikat yang sebenarnya.

masa mudamu manfaatkan la sebelum terlewat...





~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Tuesday, September 11, 2007

::mari buat mutabaah amal tuk ramadhan::


click sini untuk ke link mutabaah amal ramadhan

selamat menyambut ramadhan dan moga ramadhan ini kita lebih hargai dari yang sebelumnya.
manfaatkanlah bulan ini, solat sunat, sedekah, terawih, qiam, tadarus dan sebagainya. tiada siapa yang dapat menjamin kita akn ketemui lagi ramadhan di tahun yang akan datang. setiap jiwa bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan. rebutah peluang keemasan dalam bulan ramadhan. kutiplah pahala sebanyak mungkin untuk bekal ke alam yang sana.
salam ramadhan.

~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Monday, August 27, 2007

~hanya Dia~

just a quick synopsis of the book 4 istilah...ni just a copy paste from seni kehidupan but i will update later when i have time to read the entire book in detail...


al-Ilah, ar-Rabb, al- ‘Ibadah, ad-Din

Keempat kata tersebut, adalah empat istilah pokok dalam al-Quran
dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar
dan tujuan al-Quran yang utama itu ialah:

(1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang
Maha Esa.

(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni,
Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap
penghuninya. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.

(3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah,
mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya)
itu.

(4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain
Dia (Allah s.w.t.).

Orang-orang Arab sebelum Islam dan sewaktu Islam mulai datang,
semuanya mengerti kedua istilah itu, iaitu al-Ilah dan ar-Rabb. Kedua patah
kata atau kedua istilah tersebut, mereka pergunakan dalam percakapan
sehari-hari dan pandai juga mempergunakannya.

Kiranya untuk siapa diberikan?

Apabila di katakan kepada mereka, bahwa bukan Ilah dan bukan
Rabb, bukan tuhan dan bukan penguasa selain Allah, serta tiada barang satu
pun atau seorang orang pun bersekutu dengan Dia, baik dalam Uluhiyah

(Ketuhanan) mahupun dalam Rububiyah (kekuasaan atau wewenang)Nya,
maka fahamlah mereka bahwa kedua istilah tersebut adalah sebagai dua gelar atau kedudukan yang dikhususkan untuk Allah s.w.t. Tidak boleh digelarkan ke pada siapapun. Dengan demikian, bukanlah Tuhan dan bukan jugalah Penguasa dan pemilik utama yang harus ditaati ketentuan-ketentuan dan perintahnya, selain Allah Rabul-alamin itu.


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Sunday, August 26, 2007

::bila hati jatuh cinta lagi::





bila hati terketuk lagi
tersingkap duka lama
tapi apa yang ku rasakan
adalah jauh jauh lebih kecil
dari penderitaan yang ia rasakan

cintanya bergelumang darah
nyawa sebagai korban
airmata sebagai teman
jihad kittal itu bayaran cintanya
syahid itu janji temunya

aku jatuh hati pada mereka
jatuh hati pada teguhnya cinta mereka
benar-benar sanggup berkorban
bukan sekadar kata manis
tapi benar2 terkorban
hanya kerana cinta

bom, jentolak, senapang
peluru melata
musuh merobek daging mereka
tapi mereka tetap teguh
kerana cinta...

doaku untukmu hai al quds
sentiasa
akan kudidik anak-anakku
demi mengenal mu
mengenal cinta pencinta-pencintamu
mengenal cinta penciptamu

semoga kami dapat melihat engkau
kembali berseri
kerana engkau tanah yang diberkahi
kerana engkau adalah palestine~





~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Wednesday, August 22, 2007

~rindu~

rindu nk sujud padaNya
rindu nk baca surat cintanya
seminggu terasa sangat lama

assignments terlalu banyak
ingin sekali aku menangis mengadu padanya
hati buntu
rindu rindu sangat pada dia...


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Tuesday, August 21, 2007

~copyrights & him~

tadi ada kelas digital media...jeff peck the lecturer talked about copyrights and how people can be considered as pirate sebab download and using things that are not theirs.

banyakla macam syarikat-syarikat recording yang tak puas hati sebab they said that piracy melumpuhkan industri hiburan dunia. then byk isu yg berlegar disekitar isu piracy tu.
but it is all end up relate to the issue of money and living.
hurm jeff said we need to be careful for all those mp3, movies or even the ebooks that we own. make sure that we are able to proof we bought them. hurm, i wonder abis tu kat petaling street tu, kat low yat banyak je softwares and the video itself yg actually not ori. gosh, no wonder paypal tak nak buat Malaysian transaction.

one of the comments is 'be fair to the one that created it and be fair to the one that contribute it' meaning we should buy the original because diaorg dah penat lelah buat original. senang2 je kita nk copy and download freely. ironically nowadays download is getting easier and should i say fast too. hehe

tapi u guys should see the face of the commenter from one of the music company. muka berang sebab dia sangat marah. jeff kata as educators kitaorang ada big responsibility to create awareness for our students about copyrights and should teach them the ethical behaviour and kenapa kita tak boleh sokong piracy. hurm, masa ni i keep on thinking about him. fikir pasal piracy i think about him.

if people sangat aware dengan copyrights about the music that they claim they created it..padahal music tu kejap je ditelan zaman. paling2 pun diberi nafas baru. tapi kenapa people tak aware dengan copyrights dia? sedangkan apa yang dia cipta lebih agung lagi. lihatla jari kita yang sedang menaip kekunci laptop or memegang tetikus sambil menekan mouse itu. itu baru satu creation dia yg kecil. cuba tahan nafas 10minit , boleh ke? no you cant!! selama mana pun kita tahan nafas kita at the end kita akan nak bernafas semula. sebab manusia memang perlukan oksigen untuk hidup. macam mana dengan jantung kita. kalu terpotong je arteri and vena cava kita nescaya tidak akan dapat hidup walau sesaat pun. betapa hebatnya ciptaan dia sampai kan kita memang tidak akan boleh hidup tanpa creation dari dia. semua ciptaan itu tidak akan jadi sendiri. alam ini yang sangat teratur, planet berjalan di atas orbitnya tidak akan boleh terjadi secara tidak sengaja. semua itu dia yang aturkan dan dia menjaga semua ciptaannya tanpa penat tanpa lelah kerana dia maha kuasa.

sedangkan bangunan yang tinggi ada arkiteknya ada engineer dan buruh untuk mendirikannya. diplan dengan sebigitu rapi supaya tidak tumbang dan dijaga dengan baik supaya tidak di makan zaman. Allah lebih dari lagi dari segala2 nya dia mencipta dia juga yang amat berkuasa dengan mengatakan 'kun' maka jadilah ia. dia juga yang menurunkan air dari langit. seandainya dia mengeringkan air di lautan maka siapakah yang dapat menghalanginya?

jadi kenapa kita kena dan boleh jadi fair dengan music/books/baranagan 'CREATORS' tapi kita tidak mahu fair dengan CREATOR yang lebih hebat? allah akan memaafkan hambanya yang berbuat dosa kecuali dosa mensyirikkan/ menduakan/ meng alliance kan Nya dengan yang lain. kenapa kita bermegah dengan kekayaaan or rupa or kepandaian or apa-apalah yang kita ada sedangkan hakikatnya bukan kita yang punya sebenarnya. dia yang ciptakan dia yang berikan kepada kita. be humble they are not ours.

'be fair to the one that created those , be fair to the one that contributed those'
thus be fair to your Lord.

in term of copyrights ...the conclusion kat dalam kelas...kita seboleh-bolehnya try to buy supaya kita dapat jadi fair kat the company the author and so forth tapi kalu dah tidak boleh sangat macam michael moore cakap gunakanla apa yg piracy tu untuk personal use and not make profit out of it.

well people see, even copyrights pun kita tidak dibenarkan buat profit out of it tapi sedarlah apa yang ada pada kita sekarang allah dah nicely tolerate kita leh je buat profit out of it dari segala ciptaannya yang diberi free free je maka be fair people!! be fair to your lord in a sense recognize the creator, do what he wants us to do. do the good things with all the things that He lends to us.

be fair to Him ...dia bagi kita banyak kita bagi dia sikit sangat dan apa yang kita beri tu adalah untuk kebaikan kita juga at the end. He is rich dan tidak perlukan apa-apa. tapi kita yang perlukan dia.

be fair and do not syirikkan Dia dengan yang lain.

people dun make him angry he dah give us and be so kind to us. believe it or not dunia ini hanya sementara. mati adalah pasti..kalu tidak caya g tgk kubur sana. kita akan dihidupkan dan dipersoalkan...tak caya? just wait till the day come la kalu gitu...

be fair to your Lord people!!!

anyway it is just my thought about my class and my love that make me think of Him...
and to me ~i fall in love with him more and more every single day as i get to know him more now... i pray for this feeling to bloom from day to day...

i will meet him someday...i want to be with him...so i am better prepare for my big dating days...pray for me ya..i really want to meet him and i dont want him to leave me ever...

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا ١١٠)
Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Rabbnya (Penguasanya)
hendaklah mengerjakan amal kebaikan dan jangan persekutukan Dia dengan
siapapun dalam beribadat (ketaatannya). Q.18:110.


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

Monday, August 20, 2007

~Dia...dia tidak pernah tinggalkanku~

aku merenungi
aku menangis
hatiku pedih
tiada siapa mengerti

kebelakangan ini
ku sedar
ku tidak mengenali dia
malah ku tidak sedar dia disisi

dia yang tidak pernah tinggalkan aku
tatkala semua hilang dari hidupku
apabila sahabat jua tiada

dia yang sentiasa menyayangi aku
walau aku dustai janjiku buat kesekian kalinya

dia yang memberikan ku segala yang ku mahu
dia terlalu baik denganku
sedangkan hakikatnya aku tidak mengenali dia

bertahun-tahun dia sentiasa ada disisi
tidak pernah minta ku balas
malah terus memberi kasihnya
walau aku mendahulukan yang lain

sekarang ku sedari
dia ...dia yang patut ku cintai
dia yang patut ku rindui
dia dia yang tidak pernah tinggalkan aku...

kini ingin ku kenal rapat dengannya
biar diri ini hina
tapi ku yakin dia masih menerimaku
kerana dia ...dia tidak pernah tinggalkan aku

aku mula jatuh cinta
moga cinta ini terus berputik
akan ku kenalinya kerana
dia tidak pernah tinggalkan aku

aku rindui dia
tapi mungkinkah daku dapat bersamanya selamanya?
aku harap dia tetap tidak pernah tinggalkanku
sepertimana dia tidak pernah tinggalkan ku...








~istiqmahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

~sape yg untung ek?~

MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH

Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT?
Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya?
Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya?
Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu?


Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan Aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan.”Adz-Dzaariyaat:57“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Faathir : 15“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri.” Fussilat :46

kekadang kita leka tapi bersegeralah sedar kerana benar segala perbuatan baik, amal ibadat kita susah payah kita akan kembali kepada kita sendiri. kalu kita buat jahat pun natijahnya kita akan tanggung sendiri...percaya atau tidak tapi yang pastinya diri akan disoal setiap perbuatan kita didunia ini. segera la sedar wahai diri-diri yang terleka kerana alangkah malangnya sedar apabila diri sudah ditemani tanah...

Sunday, August 12, 2007

~us~




إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠

sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

telah kulalui hari -hari yang sunyi
telah ku tempuh ranjau bersendiri
walau ramai kenalan disisi
tapi hati selalu sepi

kini kukenali ukhuwah
kerana Allah
berlapang dada bermanis muka
memikirkan orang lain
itu kupelajari

hidup ini lebih bererti
walau kekadang hati terguris
lantaran diri yang terlalu sensitive
namun ku kuatkan hati
kerana sesungguhnya
kami tetap satu...



إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬

sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam keadaan barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

biar badai melanda
biar jauh terpisah
ukhuwah terbina
tetap bersemi selamanya
harapku
biar masa berlalu
tetap basah ukhuwah ini
biar kita bajai ia selalu
agar mekar mewangi
hingga ke alam yg sana...

Wednesday, August 8, 2007

::rintihan hati::

masa kian berlalu
hatiku masih bertanya
ke manakah kaki ini melangkah?
mana halaku?
mana tujuanku?

kadangkala buat aku terfikir
adakah hidup ku dahulu tanpa islam lebih bahagia?
adakah ku punya teman sejati?
adakah ku punya ketenteraman hati?
tidak!
jadi mengapa aku ingin kembali kepada jahiliahku?
mengapa wahai hati???

titis-titis gerimis membasahi pipi
aku mengerti hakikatnya
nak berubah bukan mudah
perlukan keberanian
perlukan kekuatan
tidak ku nafikan
malah ku fahami
hati pasti meronta
ego pasti tercabar

benar berubah amatlah payah
tetapi apakah mustahil?

kadangkala diri ini cuba menafikan
namun laungan kebenaran itu
membelai jiwaku
menusuk sanubari
dicelah selaput jahiliahku
membakar kembali zatiyah diri yang terkulai

allah berfirman:
"berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat
berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah...'' [9:41]

berubah memang payah
tapi mengapa tidak??
mengapa tidak jika itu
yang menjadi saham utamaku
bekal ke alam sana?!

gerimis membasahiku
sedih dengan umat hari ini
pening dengan ragam di medan sebenar

apakah aku jua mahu menjadi
keldai yang membawa kitab-kitab tebal?

aku bukan keldai
aku jua bukan tidak mengetahui
pengetahuan telah datang kepadaku
Allah telah memilihku
apakah aku mahu terus mendustakan?

wahai diri
untuk berubah memang payah
tapi ketahuilah
istiqamah itu lebih perit
membawa perubahan itu lebih sukar
tapi itu yang lebih perlu sekarang
berubah dan bawa perubahan
istiqamah
tidak mudah bagai dikata
niat kena jelas
hati kena telus...

mahu atau tidak
sedar atau lena
ajal kematianmu tidak jauh
ia pasti datang
hari ini atau esok
tiada siapa tahu

sesungguhnya Allah
aku sujud syukur
kerana aku masih lagi pilihanMu
walau diri serba hina
walau diri bersalut noda

kerana cintaMu telah bertapak
dihatiku
kerana itu kugagahi diri
ku teruskan jua
langkahku...