Sunday, August 26, 2007

::bila hati jatuh cinta lagi::





bila hati terketuk lagi
tersingkap duka lama
tapi apa yang ku rasakan
adalah jauh jauh lebih kecil
dari penderitaan yang ia rasakan

cintanya bergelumang darah
nyawa sebagai korban
airmata sebagai teman
jihad kittal itu bayaran cintanya
syahid itu janji temunya

aku jatuh hati pada mereka
jatuh hati pada teguhnya cinta mereka
benar-benar sanggup berkorban
bukan sekadar kata manis
tapi benar2 terkorban
hanya kerana cinta

bom, jentolak, senapang
peluru melata
musuh merobek daging mereka
tapi mereka tetap teguh
kerana cinta...

doaku untukmu hai al quds
sentiasa
akan kudidik anak-anakku
demi mengenal mu
mengenal cinta pencinta-pencintamu
mengenal cinta penciptamu

semoga kami dapat melihat engkau
kembali berseri
kerana engkau tanah yang diberkahi
kerana engkau adalah palestine~





~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

No comments: