Monday, August 27, 2007

~hanya Dia~

just a quick synopsis of the book 4 istilah...ni just a copy paste from seni kehidupan but i will update later when i have time to read the entire book in detail...


al-Ilah, ar-Rabb, al- ‘Ibadah, ad-Din

Keempat kata tersebut, adalah empat istilah pokok dalam al-Quran
dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar
dan tujuan al-Quran yang utama itu ialah:

(1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang
Maha Esa.

(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni,
Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap
penghuninya. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.

(3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah,
mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya)
itu.

(4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain
Dia (Allah s.w.t.).

Orang-orang Arab sebelum Islam dan sewaktu Islam mulai datang,
semuanya mengerti kedua istilah itu, iaitu al-Ilah dan ar-Rabb. Kedua patah
kata atau kedua istilah tersebut, mereka pergunakan dalam percakapan
sehari-hari dan pandai juga mempergunakannya.

Kiranya untuk siapa diberikan?

Apabila di katakan kepada mereka, bahwa bukan Ilah dan bukan
Rabb, bukan tuhan dan bukan penguasa selain Allah, serta tiada barang satu
pun atau seorang orang pun bersekutu dengan Dia, baik dalam Uluhiyah

(Ketuhanan) mahupun dalam Rububiyah (kekuasaan atau wewenang)Nya,
maka fahamlah mereka bahwa kedua istilah tersebut adalah sebagai dua gelar atau kedudukan yang dikhususkan untuk Allah s.w.t. Tidak boleh digelarkan ke pada siapapun. Dengan demikian, bukanlah Tuhan dan bukan jugalah Penguasa dan pemilik utama yang harus ditaati ketentuan-ketentuan dan perintahnya, selain Allah Rabul-alamin itu.


~istiqamahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

No comments: