Wednesday, August 8, 2007

::rintihan hati::

masa kian berlalu
hatiku masih bertanya
ke manakah kaki ini melangkah?
mana halaku?
mana tujuanku?

kadangkala buat aku terfikir
adakah hidup ku dahulu tanpa islam lebih bahagia?
adakah ku punya teman sejati?
adakah ku punya ketenteraman hati?
tidak!
jadi mengapa aku ingin kembali kepada jahiliahku?
mengapa wahai hati???

titis-titis gerimis membasahi pipi
aku mengerti hakikatnya
nak berubah bukan mudah
perlukan keberanian
perlukan kekuatan
tidak ku nafikan
malah ku fahami
hati pasti meronta
ego pasti tercabar

benar berubah amatlah payah
tetapi apakah mustahil?

kadangkala diri ini cuba menafikan
namun laungan kebenaran itu
membelai jiwaku
menusuk sanubari
dicelah selaput jahiliahku
membakar kembali zatiyah diri yang terkulai

allah berfirman:
"berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat
berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah...'' [9:41]

berubah memang payah
tapi mengapa tidak??
mengapa tidak jika itu
yang menjadi saham utamaku
bekal ke alam sana?!

gerimis membasahiku
sedih dengan umat hari ini
pening dengan ragam di medan sebenar

apakah aku jua mahu menjadi
keldai yang membawa kitab-kitab tebal?

aku bukan keldai
aku jua bukan tidak mengetahui
pengetahuan telah datang kepadaku
Allah telah memilihku
apakah aku mahu terus mendustakan?

wahai diri
untuk berubah memang payah
tapi ketahuilah
istiqamah itu lebih perit
membawa perubahan itu lebih sukar
tapi itu yang lebih perlu sekarang
berubah dan bawa perubahan
istiqamah
tidak mudah bagai dikata
niat kena jelas
hati kena telus...

mahu atau tidak
sedar atau lena
ajal kematianmu tidak jauh
ia pasti datang
hari ini atau esok
tiada siapa tahu

sesungguhnya Allah
aku sujud syukur
kerana aku masih lagi pilihanMu
walau diri serba hina
walau diri bersalut noda

kerana cintaMu telah bertapak
dihatiku
kerana itu kugagahi diri
ku teruskan jua
langkahku...

No comments: