Monday, August 20, 2007

~Dia...dia tidak pernah tinggalkanku~

aku merenungi
aku menangis
hatiku pedih
tiada siapa mengerti

kebelakangan ini
ku sedar
ku tidak mengenali dia
malah ku tidak sedar dia disisi

dia yang tidak pernah tinggalkan aku
tatkala semua hilang dari hidupku
apabila sahabat jua tiada

dia yang sentiasa menyayangi aku
walau aku dustai janjiku buat kesekian kalinya

dia yang memberikan ku segala yang ku mahu
dia terlalu baik denganku
sedangkan hakikatnya aku tidak mengenali dia

bertahun-tahun dia sentiasa ada disisi
tidak pernah minta ku balas
malah terus memberi kasihnya
walau aku mendahulukan yang lain

sekarang ku sedari
dia ...dia yang patut ku cintai
dia yang patut ku rindui
dia dia yang tidak pernah tinggalkan aku...

kini ingin ku kenal rapat dengannya
biar diri ini hina
tapi ku yakin dia masih menerimaku
kerana dia ...dia tidak pernah tinggalkan aku

aku mula jatuh cinta
moga cinta ini terus berputik
akan ku kenalinya kerana
dia tidak pernah tinggalkan aku

aku rindui dia
tapi mungkinkah daku dapat bersamanya selamanya?
aku harap dia tetap tidak pernah tinggalkanku
sepertimana dia tidak pernah tinggalkan ku...








~istiqmahkan diri ikhlaskan hati...kerana cinta~

No comments: